“Hidupmu Hampir Hancur, Pulanglah Ke… “Selepas anaknya berkiblatkan Kazar.. Tak sangka Ibu Syamsul titip pesanan ini…

“Hidupmu Hampir Hancur, Pulanglah Ke… “Selepas anaknya berkiblatkan Kazar.. Tak sangka Ibu Syamsul titip pesanan ini…

Ibu kepada pelakon dan sutradara popular Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil mengemaskini akaun media sosialnya.

Terbaharu, bersama sekeping foto anak lelakinya dari muka hadapan sebuah akhbar tempatan, Patimah turut melatari hantaran terbabit bersama lagu Rapuh nyanyian Opick.
Selain itu, Patimah turut berkongsi sepotong ayat berbentuk pesanan buat anaknya.

“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan… Sudah jauh tersesat, pintu kami sentiasa terbuka untuk mu.
“Allah juga Maha Pengampun,” tulisnya.
Bagaimanapun, hantaran terbabit telah dipadamkan daripada akaun Instagram beliau.

Kisah Syamsul dan Puteri Sarah kembali terkuak sejak Selasa lalu apabila menantu Patimah membuat permohonan cerai yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Hasil daripada prosiding berkenaan, Syamsul masih enggan melepaskan Puteri Sarah.

Susulan tindakan Syamsul itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan r

Ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail difahamkan mahu menjadi saksi dan pencelah untuk pelakon itu.

Ibu mesej pagi2
Hal ini dinyatakan sendiri Puteri Sarah sewaktu ditemui selepas sebutan semula kes pemohonan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Menerusi video yang dikongsi xtra, pelakon berkenaan mengatakan yang ibu kepada suaminya sendiri telah menghantar mesej berkenaan perkara itu pada pagi tadi sebelum dia berangkat ke mahkamah.


Lepas ni giliran keluarga Ira Kazar pula
Dalam pada itu, peguam kepada Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan yang selepas ini giliran Ira Kazar, kakaknya, Yasmin Kazar serta bapa mereka, Kazar Saisi untuk memberikan tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh disabitkan kesalahan selepas didakwa melanggar perintah mahkmah.

Selepas ini lra Kazar, Kakak & Kazar Saisi Perlu Tuniuk Sebab Mengapa Mereka Tidak Boleh Disabitkan Bersalah” ujarnya.

Menerusi sebutan kes penceraian tersebut, Puteri Sarah mendakwa yang Syamsul telah melakukan kekerasan kepadanya pada tahun 2020.

Disebabkan itu, ibu mentuanya, Datin Patimah telah membantunya bersama anak-anak untuk keluar dari rumah dan Syamsul juga tahu akan hal itu.


Menerusi laporan pada hari ini, pengarah tersohor itu dikatakan enggan menceraikan isterinya dan mengatakan masih ada sinar untuk rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah sangat berharap agar dia dilepaskan dengan cara yang baik kerana sudah setahun tidak menemui suaminya itu.

Sumber: TikTok xtra

LihatTutupKomentar