Pengarah Filem Azhari Zain Meninggal Dunia dini hari

Rakyat Malaysia pada hari ini (24 November) dikejutkan dengan satu berita dukacita apabila pengarah filem, Azhari Zain yang berusia 50 tahun dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12:15 malam tadi.

Memetik laporan, beliau sudah terlantar akibat serangan angin ahmar selama sembilan bulan sejak Februari lalu.

Isteri Allahyarham iaitu Wahizatul Nureen Azmi memaklumkan bahawa suaminya telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, Allahyarham juga difahamkan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) selama tiga bulan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Segala kos rawatan serta ubat-ubatan Azhari yang juga berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di UiTM ditanggung oleh universiti berkenaan.

Jenazah Allahyarham dimandi dan dikapan di Masjid Ar-Raudhah Seksyen U10, Shah Alam sebelum kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Meru, Klang hari ini (24 November).

Kerjaya Seni Allahyarham Azhari Zain

Azhari Zain memulakan kerjaya seninya pada tahun 2004 dengan menjadi penulis bagi beberapa projek filem seperti:

  • Tangkai Jering
  • Potret Mistik
  • Anak Mami Kembali
  • Nana Tanjung
  • Duyung

Allahyarham juga pernah bekerjasama dengan syarikat penerbitan filem MIG dan diberi peluang untuk mengarah filem-filem di Malaysia. Antaranya:Innalillahiwainnailaihirojiun.

Pihak TRP mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.


LihatTutupKomentar