Innalillahiwainnailaihirajiun Khabar Duka 🥺Kondisi Jalil HamidMakin Teruk...",- ... (Baca Artikel Penuh)

"Innalilahi🥺Kondisi Jalil HamidMakin Teruk...",-

“Tahap oksigen kini dipantau..”- Pelakon veteran Jalil Dimasukkan Ke Hospital & Disahkan Begini Keadaannya Skrng..

“Tahap oksigen kini dipantau..”- Pelakon veteran Jalil Dimasukkan Ke Hospital & Disahkan Begini Keadaannya Skrng..
Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Jalil Hamid, 66, memaklumkan doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, semalam.

Jalil ketika dihubungi berkata, dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Terdahulu, Jalil mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan.

“Semalam, saya dah dibenarkan pulang. Awalnya saya sesak nafas. Pernafasan saya tak lancar. Selepas pemeriksaan dan rawatan, pihak hospital memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.


Menurut Jalil, dia sepatutnya masih perlu ditahan di hospital untuk rawatan, namun ingin berikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka. Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

“Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil. Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah,” katanya.

Jalil kini menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk rawatan susulan.

“Di hospital, doktor jalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah dan mereka akan maklumkan saya, bila tarikh saya perlu hadir semula ke hospital untuk rawatan susulan.

“Sekarang, di rumah saya perlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau,” katanya.

Terdahulu, pelakon, Fauziah Ahmad Daud berkongsi tangkap layar di Instagram mengenai Jalil yang berada di zon kuning ICU.

“Sama-sama kita mendoakan seniman, Jalil Hamid, ya,” tulisnya.

Sumber: search

LihatTutupKomentar