“Syamsul Tak salah kahwin lagi, Sebagai Isteri jangan aibkan suami...”PU Syed minta Puteri Sarah redha dengan Takdir..
“Syamsul Tak salah kahwin lagi, Sebagai Isteri jangan aibkan suami”.. PU Syed minta Puteri Sarah redha dengan Takdir..
NDEDAHAN pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dua mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat juga rakan-rakan selebriti tempatan.
Kebanyakan meletakkan salah pada bahu Syamsul kerana berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama sehinggalah kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana itu menjadi semakin parah.
Berkongsi pendapat tentang isu poligami, Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 41, berkata, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dua atau lebih haruslah menepati syarat ketat iaitu mampu daripada segi zahir dan batin serta boleh bersikap adil.
“Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat.